Pembelajaran Digital Untuk Semua

Selamat datang ke universiti pilihan untuk pengajian separuh masa. Alami pembelajaran yang mudahakses, mampu, dan fleksibel di sepanjang hidup anda sebagai pelajar.

Pertanyaan Kemasukan Tahun 2024

Thank you! Your message has been sent.
Unable to send your message. Please fix errors then try again.

Bina Rangkaian Penting Di OUM

Sertai OUM hari ini, jadilah sebahagian daripada komuniti global kami dan kembangkan rangkaian anda disini.

pelajar memilih OUM kerana fleksibiliti yang ditawarkan

70%

230,000

Pelajar Seluruh Dunia

35

Pusat Pembelajaran

pelajar memilih OUM setelah membuat tinjauan di universiti lain

80%

92,800

Graduan

54

Program Pengajian

Universiti Yang Dipercayai Untuk Pembelajaran Yang Fleksibel

OUM menyediakan kemudahan pendidikan mengikut keselesaan anda

Mod Pengajian Fleksibel

Anda boleh belajar sendiri pada bila-bila masa, di mana sahaja, tanpa perlu mengorbankan kerja atau kepentingan peribadi anda.

Kemasukan Fleksibel

Kami juga mengiktiraf kemahiran, pengalaman, pengetahuan dan kecekapan anda sebagai sebahagian daripada penilaian kemasukan.

Lokasi Fleksibel

Pusat Pembelajaran kami membolehkan anda menghadiri kelas atau mendapatkan nasihat tanpa perlu hadir ke kampus induk OUM.

Tempoh Pengajian Fleksibel

Anda boleh memperoleh ijazah yang diinginkan pada kos dan masa yang lebih singkat melalui pemindahan kredit daripada pendidikan dan pengalaman kerja terdahulu.

Kenali Program Kami

Semua program pengajian OUM diperakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan mendapat akreditasi sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sesuai Untuk Golongan Dewasa yang Bekerja

Terokai APEL hari ini dan perolehi kelayakan pendidikan tinggi dengan lebih pantas.

apel a

Jika anda mempunyai pengalaman kerja tetapi tidak memiliki kelayakan akademik, APEL (A) melayakkan anda untuk mendaftar dalam program pengajian berdasarkan penilaian pengetahuan yang diperolehi melalui pengalaman kerja terdahulu.

apel C

APEL C adalah kaedah penilaian ilmu yg diperoleh daripada pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek bagi tujuan mendapatkan pindahan kredit untuk kursus dalam program akademik di OUM. Pelajar diberi pengecualian daripada menduduki kursus tertentu yang akan membantu mereka menamatkan pengajian dengan lebih cepat.

apel Q

Melalui APEL Q, anda boleh menggunakan pengalaman anda untuk dapatkan kelayakan akademik sama ada di peringkat Diploma, Sarjana Muda atau Sarjana. Perjalanan untuk mendapatkan pengiktirafan formal bermula dengan memaparkan pengalaman kumulatif anda, yang akan dinilai dengan teliti untuk memenuhi piawaian akademik yang ditentukan.

Fokus Pada Perjalanan Anda Menuju Kejayaan

Di OUM, kami tawarkan kejayaan pendidikan kepada golongan dewasa yang sibuk bekerja seperti anda.

01

Jimat Masa

Mengurangkan tempoh pengajian dan pembelajaran berulang.

02

Jimat Wang

Mengurangkan kos pengajian dengan tempoh pengajian yang lebih singkat.

03

Pengalaman Anda Dihargai

Menilai dan mengiktiraf pembelajaran formal dan tidak formal.

Bagaimana Anda Akan Belajar?

Fleksibiliti pada tahap terbaik


Forum Dalam Talian

Ambil bahagian dalam perbincangan bersama tutor dan rakan kursus untuk pemahaman yang lebih baik tentang kursus anda.


Pembelajaran Kendiri

Belajar mengikut kemampuan dan kemudahan anda sendiri dengan e-modul, kuliah video, rujukan Perpustakaan Digital dan perisian kursus kami yang lain.

Pembelajaran Dalam Talian Sepenuhnya

Akses tutorial dan seminar, sumber dan penilaian anda semuanya secara dalam talian.


E-Tutorial

Dengan bilik darjah maya OUM, anda boleh menghadiri kelas di mana-mana sahaja dengan mudah.

Apa Kata Alumni Kami

Dimanakah Alumni Kami Sekarang?

Realisasikan impian pendidikan tinggi anda bersama OUM. Sertai alumni cemerlang kami yang mengubah dunia melalui sumbangan mereka di syarikat yang bereputasi.

Adakah Anda Bersedia?

Ambil langkah seterusnya ke arah matlamat peribadi dan profesional anda dengan OUM hari ini!

tanya sekarang